foto1 foto2 foto3 foto4 foto5


+603 2691 5913
+6019 9596800
CALL US

Gaya Warisan Collection

Butik Gaya Warisan Collection

BUTIK GAYA WARISAN COLLECTION NO TELEFON : 03-26915913 @ 019- 9596800

Sekitar tahun 1988, Gaya Batik ditubuhkan dan memberi nafas baru di dalam bidang perniagaan tekstil dengan memperkenalkan kain batik. Bertempat di Lot 42 Pasar Rakyat, Medan Mara, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur, Gaya Batik menawarkan batik lukis dan skrin yang bermutu tinggi selain tudung-tudung sulam dari Kelantan.

Butik Gaya Warisan Collection yang bertempat di 148,Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

Melihat kepada perkembangan industri batik dan percaya bahawa batik mempunyai prospek yang cerah, maka lahirlah Gaya Warisan Collection menggantikan Gaya Batik. Beroperasi pada tahun 1992 dan bertapak di Lot 16 dan 17 Aked Malaysia, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Ini diperkuatkan lagi dengan tertubuhnya kilang di Pasir Mas, yang mana ia mampu menampung permintaan batik bagi memenuhi kehendak dan selera pelanggan.

Setelah tujuh tahun beroperasi di Aked Malaysia, pada tahun 1999, Gaya Warisan Collection mula melebarkan sayapnya dan bertapak di No 156, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. dan sekali lagi berpindah ke 148 Jalan Tuanku Abdul Rahman sehingga sekarang.

keunikan dan corak batik yang dihasilkan menjadikan Gaya Warisan Collection berjaya mendapat perhatian. Konsep kontemporari yang diterap sambil mengekalkan unsur-unsur tradisional pada corak dan rekaan batik telah menjadi faktor utama tarikan pembeli batik samada di kalangan penduduk tempatan mahupun pelancong dari Brunei, Singapura, Indonesia dan juga sekitar Eropah.

Namun begitu, usaha bagi memajukan lagi Gaya Warisan Collection tetap diteruskan bagi mengekalkan pasaran yang sedia ada dan menambah pasaran-pasaran baru bagi batik. Ini termasuklah usaha menambah cawangan baru di lokasi yang difikirkan strategik dan berdaya saing.

BUTIK GAYA WARISAN COLLECTION, 148, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur, Tel : 03 - 2691 5913

Contact Us

BUTIK GAYA WARISAN COLLECTION
148, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
Kuala Lumpur

Tel : 03 - 2691 5913


Copyright © 2016 Gaya Warisan Collection Rights Reserved.